Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MBSB tawar Sukuk Wakalah Lestari bernilai RM5 bilion

today23 February 2022

Background


PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menandatangani perjanjian bersama Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) untuk menubuhkan Program Sukuk Wakalah ­Lestari bernilai RM5 bilion.

Perjanjian tersebut bakal membangunkan program sukuk pertama seumpamanya yang diterbitkan oleh sebuah bank Islam dan telah diberi penarafan awal A+ oleh Malaysia Rating Corporation Berhad.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, ­program berkenaan penting untuk memposisikan kedudukan bank da­lam ruang kelestarian dan selari dengan tema industri perbankan semasa.

“Ia membolehkan MBSB Bank terus memperkembangkan aset kelestariannya termasuk memberikan pembiayaan dalam projek hijau, kediaman mampu milik, kesihatan awam, pendidikan, perusahaan kecil dan sederhana serta segmen yang kurang mendapat pembiayaan.

“Penerbitan trance pertama dijangka pada April ini, melibatkan nilai antara RM300 juta hingga RM500 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post