PETALING JAYA – Supercomnet Technologies Berhad (Scomnet) mencatat pendapatan terkumpul 12 bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 naik sebanyak 13.26 peratus kepada RM145.44 juta berbanding RM128.41 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan, peningkatan ini dipacu oleh kenaikan tempahan jualan dan penyelarasan harga jualan ekoran pertambahan kos barangan jualan.
Scomnet disenaraikan di pasaran ACE dan terlibat dalam pengilangan dan sub pengilangan kabel serta wayar untuk segmen perubatan, automotif serta industri.
“Berdasarkan kenaikan pendapatan, keuntungan selepas cukai terkumpul Kumpulan juga tumbuh sebanyak 7.61 peratus kepada RM25.29 juta berbanding RM23.50 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Bagi suku keempat tahun kewangan (Q4FY21), Kumpulan merekodkan pertumbuhan dalam pendapatan sebanyak 12.16 peratus kepada RM43 juta berbanding RM38.34 juta Q4FY20.
Keuntungan selepas cukai pula menurun 3.56 peratus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: