LANGKAWI – Mencari kelainan untuk menikmati makan malam hasil air tangan cef secara santai di pekarangan premis hotel?
Kini orang ramai boleh berkunjung ke Adya Hotel yang terletak di lokasi strategik di Kuah di sini.
Hotel tersebut menawarkan menu istimewa utama berupa Char Kuey Teow, mi goreng dan juga minuman yang dihidangkan setiap hari di Adya Corner bermula pukul lima petang hingga 11 malam.
Eksekutif Cef Adya Hotel, Ahmad Ali, 59, berkata, idea jualan makanan di luar premis hotel itu bermula pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu bagi menambah pendapatan sampingan hotel yang menerima impak besar ekoran pandemik Covid-19.

“Pada mulanya, kami hanya menjual makanan untuk dibawa pulang termasuk nasi kandar, pelbagai hidangan nasi dan juga manisan Madu 3 yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Kini selepas pembukaan ekonomi dan pelancong mula berkunjung ke Langkawi, Adya Corner terus dibuka dengan memberi peluang kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: