PETALING JAYA – Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s kini kembali buat tahun keenam bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki mereka dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi kepada anak bangsa.
Melalui anugerah yang sedang berlangsung sejak 10 Mac lalu hingga 2 April ini, masyarakat boleh mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada diri mereka dengan berkongsi kisah ‘Cikgu Luar Biasa’ mereka sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Mandarin.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, Datuk Azmir Jaafar berkata, program tahunan itu merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya.
“Kami melihat banyak perubahan dalam sistem pendidikan sejak dua tahun lalu.

“Guru-guru perlu melalui peralihan daripada pengajaran di dalam kelas kepada kelas secara dalam talian, termasuklah versi lain yang melibatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: