Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Menu klasik berbuka puasa di The Resort Cafe

today17 March 2022

Background


PETALING JAYA – Buat mereka yang mahu mencari kelainan untuk berbuka puasa Ramadan bulan depan untuk menikmati menu tradisional nenek moyang yang sukar didapati masa kini, boleh berkunjung ke The Resort Cafe, Sunway Resort Hotel, Sunway dekat sini.

Gabungan pengalaman chef-chef hotel berkenaan yang dike­tu­ai oleh Sous Cef Mohamad Ya­tim Supaat memberi kelainan da­lam menu yang dihidangkan kepada pengunjung pada tahun ini.

Antara kelainan yang ditampilkan adalah Hinava atau Barramundi Ceviche, menu tradisional dari Sabah yang mana Barramundi diperap di dalam jus limau nipis yang diperah dan diadun dengan cili api, hirisan bawang merah, halia muda dan juga peria.

Terdapat juga Ikan Salai Te­rung Asam menu klasik dari Sarawak dan juga Linut Ikan Ampap yang merupakan resipi pedalaman yang menggunakan sagu yang dimasak.

Ia sangat sesuai di makan bersama ikan seperti masakan singgang serta ditambah dengan pucuk paku.

“Olahan menu tradisional ini bertujuan untuk menghidupkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!