Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penyerang Skuad Projek FAM-MSN, Muhammad Haikal Sahar mengharapkan jaringan hatrik yang dilakukan dalam aksi pusingan pertama Piala FA semalam mampu membuktikan kualiti yang ada pada dirinya untuk bergerak lebih jauh.
Meskipun skuad Projek FAM-MSN kehilangan penyerang berbisa, Azhad Harraz Arman yang kini bersama Sabah FC, tetapi pasukan ini nyata masih mempunyai barisan pemain lain yang turut mampu menyerlah pada musim ini.
Ini terbukti apabila Haikal berjaya mencuri tumpuan dengan tiga jaringan menarik yang dilakukan untuk membantu pasukan menang ke atas Tok Janggut Warrios FC dengan keputusan 5-1.
Jelas pemain berusia 19 tahun ini, misinya sudah pasti untuk turut sama mengikut jejak langkah Azhad yang kini bersama pasukan Liga Super sambil berazam ingin meledak lebih banyak jaringan selepas ini.
“Ini rezeki doa daripada ibu bapa, sokongan daripada rakan sepasukan juga dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: