Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

JV Auto Lube, UiTM kaji minyak kotak gear

today18 March 2022

Background


SHAH ALAM – JV Auto Lube Sdn. Bhd. (JV Auto Lube) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi kajian teknologi minyak kotak gear kenderaan yang bersesuaian dengan iklim negara ini.

Pengarah Urusan JV Auto Lube, Mohmd. Zaidi Mohmd Soude berkata, bersandarkan kepada pengalaman syarikat dalam bidang tersebut, pihaknya mendapati jangka hayat kotak gear sebagai transmisi utama kende­raan agak singkat di negara ini.

Menurut beliau, antara faktornya adalah kerana bendalir atau minyak di pasaran yang kurang sesuai dengan cuaca panas dan lembap.

“Sehubungan itu, JV Auto Lube mahu mengorak langkah untuk menghasilkan formulasi terbaik terutama ketahanan jangka hayat kotak gear kende­raan.

“UiTM dipilih kerana diperakui memiliki pelbagai teknologi dan fasiliti canggih dalam menjalankan kajian berkaitan minyak pelincir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian MoU antara syarikat dengan UiTM di Canseleri universiti tersebut…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iskandar Shah Mohamed


Previous post