Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Indonesia menambah duka buat Brunei dalam Kejuaraan Futsal AFF 2022 selepas berkenduri jaringan untuk mencatatkan kemenangan 12-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.
Ia merupakan kali kedua berturut-turut skuad kendalian Muhammad Abdul Azim itu menjadi mangsa belasahan apabila semalam mereka tunduk 13-0 di tangan tuan rumah, Thailand.
Mendapat sentuhan ketua jurulatih baharu dari Iran, Mohammad Hashemzadeh, Indonesia jelas mempamerkan corak permainan menarik sebaik sahaja permainan dimulakan sehingga membolehkan mereka mendahului 7-0 pada babak pertama.
Ia jelas dibuktikan setelah pemain pivot, Holypaul Septinus Soumilena berjaya meledakkan dua jaringan pantas pada minit kedua dan ketiga.
Dua gol tersebut nyata menyemarakkan lagi api perjuangan skuad Indonesia untuk menambah jaringan dan Rio Pangetsu menjadikan kedudukan 3-0 berselang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: