Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Risau Didenda, Bojan Hodak Tahan Diri Daripada Kritik Mutu Pengadilan

today7 April 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak jelas tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan selepas pasukannya tewas 0-3 kepada juara bertahan, JDT dalam aksi Liga Super di Stadium bola sepak Cheras semalam.

Bagaimanapun, beliau mengambil sikap untuk ‘kunci mulut’ daripada mengkritik mutu pengadilan kerana bimbang akan berdepan hukuman denda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Malaysian Football League (MFL).

“Saya tak nak komen sebab saya pasti akan bercakap mengenai pengadil. Saya tak boleh cakap mengenai pengadil kerana saya akan didenda nanti. Kami tidak gembira dengan pengadil dan akan menghantar klip rakaman video kepada FAM.

“Saya fikir kad merah membunuh perlawanan itu. Kalau saya beri pandangan (mengenai pengadil), mereka akan denda saya. Itu kena tanya orang lain dan bukan saya,” kata Hodak ketika sidang media selepas perlawanan tersebut.

FOTO: KL City

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman