PETALING JAYA – Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan HeiTech Padu Berhad (HeiTech) bagi meneroka perkembangan dalam melengkapkan pasukan ambulans Malaysia dengan teknologi pintar bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Idham Nawawi berkata, melalui kerjasama tersebut ia bakal menawarkan perkhidmatan ambulans pintar yang mana untuk mana-mana kes kecemasan, pasukan penjagaan kesihatan yang bertugas atau dalam transit ke hospital dapat memeriksa dan menghantar data kepada pakar profesional penjagaan kesihatan yang berada di hospital dengan penggunaan rakaman video masa nyata.
Ini akan membolehkan pasukan di hospital bersiap siaga sebelum ketibaan ambulan serta dapat membuat keputusan yang lebih baik dalam menyelamatkan nyawa.
Menurut beliau, ambulan pintar akan dilengkapkan dengan kamera berdefinisi tinggi (HD) dan teknologi berasakan kecerdasan buatan (AI) bagi memantau keadaan di dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: