Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

D&D Signature Vacation meterai kerjasama dengan Kobest

today24 April 2022

Background


KUALA LUMPUR – Syarikat pelancongan D&D Signature Vacation (M) Sdn. Bhd. (D&D Signature) berkeyakinan terhadap usaha syarikat bekerjasama dengan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad (Kobest) dapat membantu menjana hasil yang lebih baik kepada koperasi dalam segmen pelancongan.

Pengarah Urusan D&D Signature, Devaraj Narayanan berkata, kerjasama itu bertepatan dengan keadaan semasa yang mana sempadan negara telah mula dibuka dan aktiviti dalam sektor pelancongan juga semakin rancak.

“Daripada formula sebelum ini, ia telah terbukti membawa pulangan yang tinggi kepada koperasi tanpa perlu mereka mengeluarkan modal yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian kerjasama strategik antara D&D Signature dengan Kobest di sini baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kobest, Datuk Jamaluddin Abdul Razak.

Devaraj menerangkan, syarikat D&D Signature terkenal sebagai penyedia pakej percutian dalam kategori bajet, ekonomi dan premium.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Pop-up Callie Lab pertama di The Starhill KL

Selepas membuat penampilan sulung di papan iklan tiga domensi di Pavilion Mall, Bukit Bintang, penyedia produk penjagaan kesihatan, Rentas Health Sdn. Bhd. menerusi jenama pelitup mukanya, Callie baru-baru ini melancarkan kedai Pop-up Callie Lab pertama di The Starhill KL.

today22 April 2022