PETALING JAYA – Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) bakal melancarkan kempen untuk menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang bermula Jun ini.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin berkata, setiap perusahaan sentiasa berdepan dengan tekanan peningkatan kos, jadi peniaga perlu inovatif dalam mencari kaedah dan penyelesaian supaya ia tidak dipindahkan kepada pengguna.
“AEON memanfaatkan ekosistem kami bersama rakan kongsi serta pembekal untuk menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan dan kempen bagi menangani inflasi ini dijadualkan diperkenalkan dalam tempoh tiga hingga empat minggu lagi.
“Perancangan kami adalah untuk menawarkan dua pakej iaitu masing-masing berharga RM60 serta RM100 yang mengandungi barangan keperluan penting dan ia menyediakan penjimatan sekitar RM15 hingga RM20 berbanding harga semasa.
“Kempen ini bakal menjadi permulaan untuk kerjasama lanjut bersama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
