Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pendakwah Indonesia yang dilarang masuk ke Singapura menyifatkan bahawa Singapura adalah tanah Melayu sama seperti Riau tempat asal beliau, disebabkan itu beliau tidak akan berputus asa untuk melawat negara itu, katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman YouTube seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia.
Baginya, orang di Riau melihat Singapura sebahagian daripada tanah mereka kerana Singapura adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Temasek. “Mengatakan saya bosan ke Singapura sama dengan mengatakan saya bosan ke Minangkabau. Ini kerana Singapura adalah tanah Melayu. Nenek saya mempunyai abang, anak dan cucu yang tinggal di Singapura,” katanya.
Somad berkata hasratnya melawat Singapura baru-baru ini adalah untuk membolehkan isteri dan anak-anaknya mengenali nenek moyang mereka. Somad dan enam orang yang bersamanya tiba di Terminal Feri Tanah Merah pada Isnin dan dihantar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: