Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kylian Mbappe yang mengejutkan dunia bola sepak dengan klausa luar biasa dimeterai untuk terus kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) tanpa berselindung mendedahkan impian ke Real Madrid tidak akan pernah padam buatnya.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Mbappe telah bersetuju untuk menerima kenaikan gaji yang cukup lumayan mencecah €100 juta dan diberikan peranan hampir sama dengan pemilik kelab tersebut.
Beliau boleh memilih mana-mana pemain atau jurulatih yang dimahukannya untuk berada dalam skuad gergasi bola sepak Perancis tersebut.
Peranan itu kelihatannya seperti sudah pun diaktifkan olehnya apabila pengurusan tertinggi PSG dilaporkan telah memecat Pengarah Sukan, Leonardo Araujo dan digantikan dengan calon pilihan Mbappe iaitu Luis Campos.
“Ia tidak akan pernah berakhir [impian untuk beraksi bersama Real Madrid],” ujar Mbappe menurut laporan yang dikeluarkan Goal.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: