Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hasil Pecca naik 7.42 peratus kepada RM45.65 juta

today27 May 2022

Background


PETALING JAYA – Pecca  Group Berhad (Pecca) merekodkan hasil bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 (Q3FY22) sebanyak RM45.65 juta, naik 7.42 peratus berbanding RM42.50 juta tahun lalu.

Keuntungan selepas cukai  yang boleh diagihkan kepada syarikat itu meningkat 0.51 peratus kepada RM8.09 juta berbanding RM8.05 juta yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai pada suku semasa pula meningkat sebanyak 28 peratus kepada RM9.81 juta, terutamanya dipacu oleh peningkatan dalam jumlah jualan dan kecekapan kos yang lebih baik disebabkan oleh skala ekonomi.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kelvin Teoh Hwa Cheng berkata, peningkatan ini   disumbangkan oleh jualan lebih tinggi yang dicapai dalam segmen automotif.

Menurut beliau, bagi suku semasa, hasil Kumpulan dipacu oleh upholsteri kulit, bekalan potongan kulit dan bahagian penjagaan kesihatan yang masing-masing menyumbang kira-kira 83 peratus, tujuh peratus dan lima peratus daripada jumlah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post