PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lalu sehingga 10 Februari 2024.
Abdul Aziz, 76, ketika ini turut menyandang beberapa jawatan lain seperti Pengerusi Lembaga Pengarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan UKM.
Anak kelahiran Pahang ini juga merupakan ahli Akauntan Bertauliah Malaysia dari Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan juga Malaysian Institute of Accountants (MIA).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui kepakaran dan ketokohan yang dimiliki, beliau banyak memegang jawatan penting dalam syarikat korporat, pertubuhan sukan dan badan bukan kerajaan (NGO), pentadbiran negeri Pahang serta pentadbiran kerajaan.
“Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan warga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: