PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) melancarkan promosi khas untuk bakal jemaah haji memudahkan mereka merancang harta sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, promosi yang sedang bermula sehingga 25 Jun ini juga akan membantu bakal jemaah haji menyediakan dokumen perancangan harta seperti hibah hartanah yang masih bercagar atau tidak, hibah akaun bersama, hibah saham amanah, hibah akaun emas, hibah barang kemas, hibah akaun perkhidmatan depositori pusat (CDS), pewarisan perniagaan dan wasiat Islam satu per tiga.
“Kami menawarkan perkhidmatan daripada 37 jenis perancangan harta Wasiyyah Shoppe yang lain,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Ariffin menjelaskan, setiap tahun kecuali pada 2020 dan 2021, Wasiyyah Shoppe sentiasa menawarkan promosi istimewa untuk bakal jemaah haji bagi memudahkan mereka merancang harta sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Tambah beliau, antara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: