CYBERJAYA – Kumpulan 10 gram terus mengembangkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan restoran terbaharu, Sepohon di Tamarind Square dekat sini.
Sepohon dibangunkan melalui inspirasi kewujudan tumbuhan menghijau yang memenuhi restoran tersebut dengan mengetengahkan cita rasa daging panggang (gril) dan BBQ.
Pengurus Restoran Sepohon, Azdi Nawawi berkata, keunikan restoran ini adalah kerana menggunakan konsep memanggang secara perlahan menggunakan asap selama 12 jam melalui dapur khas.
Proses yang menggunakan kayu pokok rambutan dan manggis itu akan membolehkan menu daging, ayam dan kambing tampil dengan rasa enak, unik dan menceriakan.
“Restoran ini akan memberi peluang kepada pengunjung memanggang daging di atas batu gril yang memiliki kepanasan 250 Celsius yang diletakkan di atas meja sambil dipantau kru restoran untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Batu tersebut akan dipanaskan hampir tiga jam dan kepanasan batu itu membolehkan pengunjung memanggang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: