Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amber Heard Dirakam Membeli-Belah Di Butik Murah Selepas Disaman RM65 Juta

today25 June 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak keputusan mahkamah menyebelahi Johnny Depp dalam satu perbicaraan kes fitnah paling kontroversi pernah disaksikan masyarakat seluruh dunia, segala kelakuan Amber Heard menjadi perhatian orang ramai.

Dalam salah satu video yang tular di media sosial, kelihatan Heard sedang meneliti tanda barang dan tawaran diskaun pakaian di salah sebuah butik murah di Bridgehampton, New York.

Bagaimanapun, apabila Heard yang berusia 36 tahun menyedari dia sedang dirakam, dia melarikan diri dari tempat kawasan tersebut sambil meninggalkan bakul yang terdapat beberapa pakaian yang nampaknya mungkin akan dibeli olehnya.

Amber dilaporkan bersama dengan adiknya, Whitney Henriquez, yang menjadi antara individu paling rapat dengan Amber. Henriquez juga pernah dipanggil memberi keterangan bagi pihak Amber dalam tuntutan mahkamah yang difailkannya terhadap bekas suaminya Depp.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post