Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Gara-gara mahu melarikan diri selepas kantoi berdua-duaan dengan isteri orang, seorang lelaki ditemui maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Jasin, Melaka.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, kejadian berkenaan berlaku pukul 11.47 pagi dan lelaki berkenaan merupakan seorang duda berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Saksi yang merupakan kekasih kepada lelaki tersebut mendakwa individu itu datang ke rumahnya pada pukul 12 tengah malam selepas suaminya keluar dan dia ingin bermalam di situ.
Akan tetapi, pada pukul 10.30 pagi semasa pasangan terbabit berada di ruang tamu, secara tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah dan menyedari kehadiran lelaki berkenaan sebelum dia membuat keputusan untuk melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: