Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kejayaan layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC bagi zon ASEAN menjadi pembakar semangat buat Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berhasrat mahu meneruskan rentak cemerlang di pentas Piala FA.
Pemain sayap yang kian melonjak naik, Fayadh Zulkifli, melihat semangat serta keyakinan dalam Kedah sangat berbeza sejak pulang dari Indonesia.
Ditambah kehadiran dua pemain import terbaharu, Mahmoud Al-Mardi dan Sanrawat Dechmitr yang memberikan perubahan kepada jentera tengah serta serangan, Fayadh melihat tidak mustahil buat Kedah melakar kejayaan berdepan Terengganu FC pada pusingan kedua Piala FA.
“Momentum pasukan berada di tahap terbaik selepas beraksi baik di Piala AFC dan beri suntikan moral kepada kami sebelum berdepan Terengganu.”
“Semuanya berjalan lancar setakat ini kerana pemain seperti Mahmoud banyak menghidupkan jentera serangan dan persefahaman sesama kami tampak baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: