Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Malaysia terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat tanpa jaringan bertemu Singapura pada aksi kedua Kejuaraan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) yang berlangsung di Stadion Madya, Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Dilihat lebih menguasai permainan, anak buah Hassan Sazali Waras itu bagaimanapun tidak banyak menjelmakan serangan yang benar-benar berbahaya ke arah pintu gol Singapura.
Malah, penjaga gol Singapura, Firman Nabil Mohd Faizal turut mempamerkan ketangkasannya dalam menafikan dua percubaan pada babak pertama bagi menghalang gawangnya daripada dibolosi.
Firman cemerlang menghalang percubaan dari jarak dekat dilakukan Muhammad Haikal Sahar pada minit ke-11 ketika pertahanan Singapura gagal untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.
Berselang enam minit kemudian, giliran skuad kendalian Mohamed Fadzuhasny Juraimi pula memberikan ancaman tetapi percubaan jarak jauh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: