Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Suspek kes tembak bekas Perdana Menteri Jepun (PM) Shinzo Abe telah didedahkan kepada umum.
Agensi berita Jepun NHK memetik polis sebagai berkata suspek bernama Tetsuya Yamagami seorang bekas anggota Pasukan Bela Diri Maritim telah ditahan. “Dia berusia dalam lingkungan 40-an dan penduduk Nara,” kata laporan itu yang tidak menyebut punca serangan terbabit.
Abe ialah perdana menteri paling lama berkhidmat di negara matahari terbit, iaitu selama dua penggal, dari 2006 hingga 2007 dan 2012 hingga 2020. Dia meletak jawatan pada 2020 kerana sakit.
“Abe berada di Nara untuk berkempen menjelang pilihan raya Dewan Tinggi Parlimen yang dijadualkan pada Ahad,” lapor NHK.
Japanese media reports say that the suspect is a former Maritime Self-Defense Force member.
— The Japan Times (@japantimes) July 8, 2022
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Jepun Rahm Emanuel berkata dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: