Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Peluang yang diberikan tidak akan disia-siakan Mohd Suhaimi Husin yang bertekad mahu memastikan gawang Terengganu FC kekal kebal menjelang aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC, pada Jumaat.
Dia yang diturunkan dalam empat perlawanan Liga Super selaku penjaga gol utama berharap disiplin ditunjukkan bahagian pertahanan dapat membantunya dalam usaha mengekang kemaraan barisan serangan lawan.
Tambahnya, kualiti hantaran yang dimiliki oleh dua tonggak import baharu Kedah, Mahmoud Al-Mardi dan Sanrawat Dechmitr, perlu diawasi jika mahu memastikan tiga mata menjadi milik Terengganu.
“Saya berpuas hati kerana dapat memastikan gawang tidak bolos semasa menang 1-0 ke atas Kedah pada saingan Piala FA dan membawa Terengganu ke suku akhir.
“Namun perlawanan Jumaat ini sesuatu yang berlainan kerana aksi liga selalunya corak permainan lebih terbuka berbanding peringkat kalah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: