Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jaringan pada saat akhir dihasilkan Fernando Forestieri telah menghadiahkan kemenangan 2-1 buat Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Sabah pada aksi Liga Super Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Likas, sebentar tadi.
Kemenangan kelapan dilakarkan skuad kendalian Benjamin Mora itu mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga teratas dengan kelebihan empat mata (26 mata) meskipun masih kekurangan satu perlawanan berbanding Sabah yang berada di tempat kedua.
JDT yang pastinya mahu kembali meraih kemenangan selepas terikat bertemu Melaka United, awal bulan lalu tampil dengan baik sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil bertugas, Mohd Fusser Mad Sallih.
Tekanan yang dijelmakan menyaksikan dua peluang terbaik untuk skuad Harimau Selatan, namun gerakan berbahaya dimulakan dari sebelah kiri pintu gol Sabah menerusi Leandro Velasquez pada minit kesembilan dan ke-17 diselamatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: