Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Segala usaha pencarian telah dilakukan, namun bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih belum dijumpai.
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, mengenai kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

Difahamkan, anak Zalina iaitu Mikhael Norman mendakwa telah cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu (bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.
Oleh itu, pengadu bersama bapa saudaranya telah pergi ke rumah bekas pembaca berita TV3 itu dan mereka mendapati kereta wanita itu berada di tepi rumah pada 29 November lalu.
“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: