KLANG – Syarikat kenderaan dan perkhidmatan rel bersepadu, Hartasuma Sdn. Bhd. bersedia melengkapkan pembekalan 27 tren Transit Aliran Ringan (LRT) baharu bagi laluan Kelana Jaya.
Ia melibatkan sebanyak 108 gerabak menerusi peruntukan Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur atau ‘Kuala Lumpur Additional Vehicle’ (KLAV) 27 yang bernilai RM1.72 bilion.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pembekalan itu sedang dilaksanakan menerusi konsortium antara Hartasuma dengan Alstom S.A., peneraju global dalam pembuatan kenderaan rel.
Menurut beliau, lapan daripada 27 tren LRT tersebut dijangka dibekalkan syarikat tempatan berkenaan bermula Julai tahun depan.
“Kini, ia dalam proses akhir pelaksanaan ujian sebelum ditambah untuk kegunaan laluan Kelana Jaya kelak.

“Tren kesembilan dan berikutnya akan dibekalkan secara berperingkat sehingga Disember 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi pemasangan tren LRT di Ibu Pejabat Hartasuma di Pulau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: