Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Kolaborasi Hotlink, Nas Suha Angkat Warisan Terengganu Dengan Mural dan Siri NFT

today25 July 2022

Background


Mungkin ada yang menganggap minat dalam bidang seni tak boleh pergi jauh apatah lagi dijadikan kerjaya. Namun, pelukis mural tempatan Terengganu, Nas Nasuha membuktikan tanggapan ini salah.

Nas yang mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan sanggup meninggalkan bidang tersebut demi meneruskan impian untuk bergelar seorang pelukis.

Malah, dia juga menggunakan kelebihannya ini untuk mengangkat budaya dan keunikan negeri kelahirannya.

Ibu sebagai pembakar semangat

Minat Nas  dalam bidang seni bermula dari usia kecil lagi, menurutnya dia akan lukis apa sahaja yang terlintas di fikiran kemudian setiap hasil lukisan itu akan diserahkan kepada ibunya untuk dihantar ke mana-mana pertandingan lukisan.

Satu hari, ibunya membawa hamper dengan satu beg penuh hadiah kemenangan daripada pertandingan yang dia sertai. Dari situ dia menjadi tambah bersemangat dan minatnya terhadap bidang seni tak pernah sekalipun terpadam.

Menginjak usia dewasa barulah Nas tahu bahawa dia tak pernah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sya Alkaf


Previous post