PETALING JAYA – PrettyAini bercadang untuk membuka sebuah cawangan terbaharunya di pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor dalam usaha meluaskan penguasaan pasarannya seiring perkembangan ekonomi yang bertambah baik.
Pengasas syarikat, Noraini Mustafa berkata, cawangan terbaharu yang akan dibuka pada bulan September itu akan menawarkan pelbagai barangan berkaitan umrah dan haji, jualan telekung dan tudung bersesuaian untuk memenuhi kehendak serta gaya hidup pelanggan.
Buat masa ini, syarikat yang telah berada di pasaran sejak enam tahun lalu dan beribu pejabat di Jalan Tunku Abdul Rahman dan juga sebuah cawangan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur memiliki penguasaan pasaran yang kukuh selain disokong oleh komitmen lebih daripada 200 ejen di seluruh negara.

“Kami juga bercadang untuk meluaskan rangkaian syarikat melalui konsep francais atau perlesenan pada tahun depan atau mungkin dalam tempoh dua tahun akan datang, bagaimanapun kami kini dalam usaha untuk memperkukuhkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: