PETALING JAYA – Ingenieur Gudang Berhad, dahulunya dikenali sebagai Dynaciate Group Bhd, (IGB) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, MGudang Properties Sdn Bhd (MPSB) telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Paradise Boulevard Sdn. Bhd. (PBSB).
Ia adalah untuk cadangan pengambilalihan 149 unit kompleks runcit dan komersial itu pada harga RM9.07 juta.
Pengarah Eksekutif IGB, Melvin Lim berkata, pelaburan hartanah dijangka menghasilkan pendapatan sewa jangka panjang bagi Kumpulan dengan memanfaatkan pertumbuhan e-dagang di dalam negara.
“Kompleks runcit dan komersial tersebut dikenali sebagai Pandan Safari Lagoon Shopping Complex and Water Theme Park di Pandan Perdana, Bandar Ampang,” katanya dalam kenyataan.

Pemfailan kepada Bursa Malaysia menunjukkan bahawa cadangan pengambilalihan itu akan dipenuhi melalui tunai melalui gabungan pinjaman, hasil daripada pelupusan hartanah dan/atau dana yang dijana secara dalaman, yang mana bahagiannya akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: