Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal telah mengumumkan bahawa pemain tengah Norway, Martin Odegaard sebagai kapten sepenuh masa yang baharu mereka bermula musim 2022/23.
Sejak pemecatan Pierre Emerick Aubameyang pada pertengahan musim lalu, Arsenal tidak ada kapten tetap. Yang ada hanyalah pemain dari kelompok pemimpin.
Odegaard, 23, pertama kali tiba secara pinjaman dari Real Madrid pada Januari 2021 dan selepas itu dia menarik perhatian pengurus Mikel Arteta untuk terus bekerjasama dengannya.
Arsenal bertindak pantas untuk menjadikan perpindahan itu kekal, sebaik sahaja Real Madrid tidak menjamin kedudukan pemain itu dalam kesebelasan utama mereka.
Odegaard kembali semula ke Arsenal menandatangani perjanjia tetap dengan harga sekitar €35 juta pada Ogos tahun lalu.
Perlawanan pertama Odegaard sebagai kapten tetap Arsenal menentang Sevilla dalam perlawanan persahabatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: