Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemuda ‘Amuk’ Libas Parang Ke Arah Kenderaan Lain Ditahan Polis

today3 August 2022

Background


Langgan saluran Telegram kami atau muat-turun aplikasi di App Store dan Google Play.

Seorang lelaki berusia 27 tahun yang didakwa melibas parang ke arah sebuah kenderaan lain telah ditangkap anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu pada jam 1 Petang susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 37 tahun pada jam 10 pagi hari yang sama.

Memetik portal DayakDaily kejadian yang berlaku di Jalan Upper Lanang dipercayai berpunca apabila pengadu membunyikan hon keretanya kepada Perodua Kancil terbabit.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam siaran medianya mengesahkan tangkapan suspek yang akan direman di Mahkamah Sibu hari ini dan siasatan lanjut kes masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dua buah video di mana sebuah kereta Perodua Kancil meluru melawan arah dan berhenti di tengah-tengah jalan, lalu pemandunya keluar mengacu dan melibas parang ke arah kenderaan di belakangnya.

Dalam

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post