KUALA LUMPUR – Mycu Retail Sdn. Bhd. (Mycu Retail), subsidiari kepada Mynews Holdings Bhd. berhasrat membuka 150 cawangan kedai serbaneka berasal dari Korea, CU menjelang akhir tahun ini dengan tumpuan di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung.
Ia susulan pelancaran cawangan perdana CU bertempat di Mid Valley Megamall semalam, yang juga merupakan cawangan CU ke-100 di negara ini.
Pengarah Mycu Retail, Blake Dang berkata, pihaknya beroleh peluang membawa masuk jenama rangkaian kedai serbaneka terbesar di Korea Selatan itu ketika fasa pandemik, sebelum membuka cawangan pertama CU di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 2021.
“Kini kami memiliki 112 buah cawangan di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perak, semuanya dimiliki dan dioperasikan oleh Mycu Retail sendiri.

“Kami memang ada keinginan untuk menawarkan pakej francais untuk CU pada masa depan, namun buat masa ini syarikat fokus untuk memastikan bisnes ini stabil supaya semua pemain boleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: