Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Dia Kembali Semula’ – Polis Buru Individu Misteri Pandu Kereta Formula 1 Di Lebuh Raya

today16 August 2022

Background


 

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kereta Formula 1 (F1) sememangnya satu jentera berkuasa tinggi yang hanya layak dipandu oleh pemandu bertauliah dan ia tidak sesuai untuk dibawa di atas jalan raya awam.

Bagaimanapun, satu ‘individu misteri’ menjadi buruan polis Republik Czech apabila dia sekali lagi kelihatan memandu sebuah kereta F1 baru-baru ini. Menurut laman Motor1.com, individu terbabit pernah kelihatan memandu di lebuh raya D4 antara Příbram dan Dobříš pada tahun 2018.

Pada ketika itu polis Czech meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu tersebut untuk menjatuh hukuman di mana dia dilarang daripada memandu di jalan raya selama 6 bulan sehingga satu tahun, ditambah dengan jumlah denda berpuluh-puluh ribu dolar.

Suspek dipercayai berusia 45 tahun, namun terlepas daripada hukuman kerana ‘individu misteri’ itu tidak dapat dikenal pasti dengan jelas kerana topi keledar yang dipakainya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Famili

Murid Tahun 6 Maut Disambar Petir Ketika Sedang Menggunakan Telefon Pintar

Kejadian terbaharu berlaku apabila seorang murid perempuan tahun enam maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan. MAUT DISAMBAR PETIR KETIKA SEDANG MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, […]

today16 August 2022