Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Pemain Negeri Sembilan Berada Di Tahap Keyakinan Tertinggi

today16 August 2022

Background
Devan




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan tanpa berselindung memuji sumbangan berkesan dipamerkan para pemainnya terutama pemain import dalam meletakkan skuad kendaliannya di kedudukan membanggakan pada ketika ini.

Selepas mengharungi 16 aksi Liga Super Malaysia 2022, Negeri Sembilan kini menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 32 mata hasil sembilan kemenangan, lima keputusan seri dan dua kekalahan.

Kedudukan yang menyaksikan Negeri Sembilan hanya ketinggalan dua mata dibelakang pasukan tempat kedua, Sabah tetapi skuad Badak itu masih kekurangan satu perlawanan.

Beliau berharap keyakinan tinggi yang sedang dirasai dalam pasukan akan mampu terus diterjemahkan apabila sekali lagi mereka bakal bertandang ke Lembah Klang pada Khamis ini untuk berdepan Kuala Lumpur City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Devan bersama barisan kejurulatihannya. Kredit Foto: Negeri Sembilan FC

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS

Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan mereka telah menghantar jaringan jarak jauh pemain Negeri Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan mereka telah menghantar jaringan jarak jauh pemain Negeri Sembilan, Sean Selvaraj untuk pencalonan ke Anugerah Puskas FIFA 2022.

today16 August 2022