PETALING JAYA – KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melalui inisiatif Tanggungjawab Korporatnya (CR), Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) telah memanfaatkan hampir dua juta pesakit setakat ini sejak penubuhannya pada tahun 1998.
Kini, KWAN telah mempergiatkan usaha dan meluaskan sayapnya dengan rangkaian 17 klinik
pesakit luar dan tujuh klinik bergerak di seluruh negara dilengkapi dengan 66 mesin dialysis.
Tahun lalu, seramai 44,005 pesakit kurang berkemampuan telah mendapatkan rawatan dengan bayaran serendah RM5.
Dari bulan Januari hingga Jun 2022, rangkaian klinik dan pusat dialisis KWAN telah merawat
26,403 pesakit, peningkatan sebanyak 13.8 peratus daripada 23,207 pesakit dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Selain itu, rawatan dialisis turut memberi manfaat kepada 202 pesakit dalam tempoh yang sama, dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 90.18 peratus.
Hasil daripada inisiatif ini, KPJ Healthcare telah dinamakan sebagai Anugerah Syarikat Terbaik:
Inisiatif CSR Negara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: