PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) memulakan tahun kewangan 2023 dengan langkah kanan setelah merekodkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM46.2 juta bagi suku tahun pertama berakhir 30 Jun 2022, 51.6 peratus lebih tinggi berbanding RM30.5 juta tahun sebelumnya.
Perolehan turut meningkat sebanyak 40.3 peratus kepada RM229.3 juta, daripada RM163.4 juta tahun lalu.
Prestasi itu didorong sumbangan pendapatan lebih baik daripada hartanah kediaman dan komersial Kumpulan, terutamanya pembangunan di Sendayan, selain jualan hartanah perindustrian di Sendayan TechValley.
Tiga projek kediaman terbaharunya di Sendayan yang dilancarkan suku berkenaan iaitu Aluna @ Nusari Aman, Lyra @ Bayu Sutera, dan Celia @ Tiara Sendayan dengan jumlah nilai pembangunan kasar RM281.7 juta turut mendapat sambutan dengan purata kadar pengambilan 99 peratus setakat 31 Julai 2022.
Kumpulan mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak tiga sen sesaham…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: