Pemain import Sarawak United, Boris Kok mendedahkan keperitan yang dihadapi oleh pemain pasukan itu setelah empat bulan tidak menerima sebatrang gaji seperti yang didedahkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) baru-baru ini.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Menerusi laman Facebook beliau, Boris menegaskan situasi adalah sukar buat semua pemain kerana ada dikalangan daripada mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar tanggungan seperti kereta, rumah, makan dan minum bahkan keluarga mereka.
“Memang betul Sarawak United tidak membayar semua pemain dan kakitangan sejak 4 bulan dan semua pemain masih mengekalkan tingkah laku profesional dan motivasi mereka dalam bermain setiap perlawanan.
“Keadaan sangat sukar buat semua orang. Tiada wang untuk membayar rumah, untuk membayar makanan, untuk bergerak dengan kereta, untuk menanggung keluarga. Semua orang menderita tetapi kami tidak pernah bercakap dalam media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: