PETALING JAYA – Pengurangan pegangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) baru-baru ini kepada kurang lima peratus telah menyebabkan saham Kumpulan itu jatuh kepada 83 sen sesaham pada hari dagangan terakhir minggu lalu.
Jumaat lalu saham Top Glove ditutup pada RM0.83, turun RM0.01 dengan 41.48 juta saham diniagakan, berbanding sebelum Covid-19 pada 30 Disember 2019, harga sahamnya adalah RM4.75.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Wan Mohd. Farid Wan Zakaria berkata, pelaksanaan tersebut telah menyebabkan saham Top Glove berada dalam kategori kurang nilai.
Menurut beliau, kedudukan saham Top Glove kini tidak mendapat penarafan yang sepatutnya apa tah lagi untuk harga yang berpatutan.

“Meskipun saham Kumpulan itu dinilai rendah tetapi pulangan jangka panjang ke atas sahamnya berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada pertumbuhan perniagaannya, yang mana ia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: