Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Nafuzi Zain Akui Tiada Tekanan, Mahu Pemain Nikmati Aksi Final

today9 September 2022

Background
Nafuzi Zain


Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengakui bahawa pasukannya tidak berada dalam keadaan tertekan menjelang pertemuan final Piala FA 2022 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Baca juga:

Berdepan lawan yang merupakan gergasi bola sepak tanah air sudah pasti ramai menganggap skuad kendalian Hector Bidoglio itu sebagai pilihan utama untuk muncul juara edisi ke-31 ini.

Namun, Terengganu sudah merasai tekanan itu sejak daripada pusingan pertama lagi apabila terpaksa berhadapan dengan Negeri Sembilan dan kemudiannya Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Selangor menanti untuk mengesahkan slot final menjadi milik mereka.

Nyata bukan tugas mudah buat anak buah Nafuzi dalam merintis jalan ke pentas final Piala FA dimana kali terakhir Terengganu muncul pemenang adalah pada musim 2011.

Pemain Terengganu menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto: Malaysian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post