SHAH ALAM – Fasa endemik kini menyaksikan pelbagai projek hartanah kembali rancak bagi memenuhi jadual yang disasarkan sekali gus menggalakkan lagi pembangunan industri pembinaan selepas dua tahun terjejas ekoran pandemik Covid-19.
Dalam kesibukan pemaju membangunkan projek masing-masing, ada juga yang terlepas pandang terhadap pembinaan masjid dan surau di beberapa daerah dan negeri ekoran masalah kewangan.
Ada projek yang laju progres pembangunannya tetapi ada juga masih terkesan sehingga terpaksa mewar-warkan masalah yang dihadapi kepada umum.
Ia sebagai ikhtiar pihak jawatankuasa projek tersebut untuk meneruskan juga projek rumah Allah yang berdepan dengan kekangan kewangan yang dihadapi.
Salah satu projek tersebut adalah di Surau Al-Jannah di Seksyen 23 di sini yang terkesan akibat masalah kekurangan dana untuk membesarkan surau sedia ada.
Surau yang dibina pada tahun 2004 itu kini tidak menampung keperluan bilangan jemaah yang semakin bertambah dan mahu menambah baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: