MANJUNG – Memiliki ladang kelapa muda seluas 2.5 hektar di Lekir, Perak memberi satu kelebihan kepada pemilik syarikat Magnet Two Enterprise untuk menawarkan pelbagai menu minuman di bawah jenama popular, Sempoylicious Coconut Shake kepada pelanggan.
Bertempat di Medan Selera, Pasar Tani Kekal, Lekir, Che Noor Suriani Che Ani menawarkan empat segmen menu terdiri daripada coconut jelly, coconut shake yang mana hasilnya diperoleh dari ladang kelapanya yang ditanam dengan kelapa pandan.
Menu lain adalah tawaran pelbagai jenis minuman berasaskan kopi kampung yang dikomersialkan mengikut selera pelanggan serta ice blended yang turut diolah menggunakan pelbagai perisa popular untuk menarik minat semua peringkat umur pelanggan.
Che Noor Suriani, 45, mula mempelajari selok-belok perniagaan berkaitan kelapa muda hanya selama setahun selepas hasil perniagaan daripada bidang makanan dan minuman yang diceburinya semakin menyusut ekoran pandemik.

Pelaburan antara RM30,000 hingga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: