PETALING JAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) bakal berdepan dengan pelbagai masalah besar daripada segi hak asasi dan keperlembagaan.
Gagasan Belia dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, hasrat dan usaha kerajaan untuk mengurangkan perokok baharu di Malaysia adalah dialu-alukan oleh seluruh rakyat Malaysia, namun pada sudut yang lain RUU yang baharu ini dilihat mampu membawa kemudaratan sekiranya diterima di dalam bentuknya yang sedia ada.
Sehubungan itu, persatuan tersebut menggesa Kementerian Kesihatan bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen PSSC GEG berbincang dengan Majlis Peguam Malaysia dan mengeluarkan laporan menyeluruh tentang isu keperlembagaan RUU GEG.
“RUU yang dicadangkan ini merupakan pelanggaran hak asasi tersebut yang amat ketara sekali kerana memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk mendakwa sesetengah rakyat berdasarkan perbezaan tarikh lahir mereka semata-mata.
“Harus ditekankan bahawa RUU GEG akan menjadi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: