PETALING JAYA – Sebuah sekolah rendah di Kuantan, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang mengharumkan nama negara setelah dicalonkan sebagai tiga finalis teratas bagi kategori Inovasi dalam World’s Best School yang menawarkan hadiah AS$250,000 (RM1.15 juta).
Ia bagi mengiktiraf usaha sekolah berkenaan yang telah mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.
Anugerah World’s Best School yang dilancarkan tahun ini oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Accenture dan American Express meraikan peranan penting sekolah-sekolah di seluruh dunia dalam lima kategori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Persekitaran, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyemai Hidup Sihat.
Ia bertujuan berkongsi amalan terbaik sekolah-sekolah yang mentransformasikan kehidupan murid mereka dan membawa perubahan sebenar kepada komuniti.
Pemegang Amanah & Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada SK…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: