KUALA LUMPUR – Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFMB) menandatangani perjanjian dengan Energy Absolute Thailand (EA) untuk mewujudkan syarikat kerjasama (JV) di sini bagi menceburi industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga boleh baharu (RE) di Malaysia.
EA, yang juga merupakan syarikat tersenarai awam di Thailand memiliki lebih 60 syarikat subsidiari yang beroperasi dalam segmen perniagaan EV dan stesen pengecasan, bateri, RE dan minyak sawit mentah serta biodiesel.
Syarikat dengan permodalan pasaran 322.64 bilion baht (RM39.19 bilion) itu turut mengeluarkan kereta, bas dan feri elektrik menggunakan jenama MINE.
Antaranya adalah model kereta elektrik MINE SPA1, yang dikuasakan dengan bateri berkapasiti 30 kilowatt/ jam dan memiliki jarak perjalanan sejauh 200 kilometer dengan sekali cas.

Pengarah Urusan CFMB, Datuk Justin Lim berkata, syarikat JV berkenaan akan menyediakan penyelesaian mobiliti yang lebih hijau di negara ini serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: