Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Toyota Veloz dilancarkan pada harga bermula RM95,000

today18 October 2022

Background


SHAH ALAM – UMW Toyota telah melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Veloz pada harga bermula RM95,000.

Menurut Presidennya, Ravindran K., pihaknya teruja melancarkan Toyota Veloz yang merupakan antara model terlaris untuk jenama itu di rantau ini.

“Dengan menawarkan kualiti binaan yang sangat baik serta ciri-ciri canggih dan ruang dalaman yang luas.

“Kami membayangkan setiap keluarga akan merasai pengalaman dan keseronokan setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam MPV disamping rekaan rekaan premium dibahagian dalam dan luaran,” katanya.

Tambahnya, model pemasangan tempatan (CKD) dengan menawarkan varian tunggal menggunakan enjin 1.5 liter dan transmisi tujuh kelajuan CVT.

“Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 106PS pada 6,000 rpm dan tork tertinggi sehingga 138Nm pada 4,200rpm.

“Pada bahagian luaran, Toyota Veloz dengan rekaan sebuah crossover seakan premium. Model ini juga menggunakan rim bersaiz 17 inci,” tambahnya.

Antara ciri-ciri menarik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFIFI HAFIZ MOHD NOR


Previous post

Ekonomi

BDB bersedia tangani risiko banjir

BDB menyediakan pelan awal sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di sekitar kawasan projek naik taraf dan pemasangan jajaran paip baharu Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang.

today18 October 2022