PETALING JAYA – Bio Eneco Sdn. Bhd. (BioEneco), pemaju, pengilang dan pembekal bahan api biojisim, kini bersedia untuk mengembangkan jualan bahan api biojisimnya secara eksponen seiring peningkatan permintaan dari negara seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.
Pengarah Urusan syarikat, Oliver Yeo berkata, keyakinan tersebut bersandarkan kepada faktor kejayaan syarikat mengembangkan portfolio jualan dengan kejayaan meraih kontrak di Jepun dan Filipina baru-baru ini.
Sehingga kini, BioEneco telah mengeksport berjuta-juta tan bahan api biojisim bergred tinggi ke seluruh dunia yang mana produknya boleh ditemui dan digunakan secara meluas di loji jana kuasa dan loji perindustrian di benua Asia.
Menurut beliau, syarikat jugamerancang untuk membekalkan 2.3 juta tan metrik (MT) bahan api biojisim ke seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.
“Syarikat juga menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada Jepun, yang mempunyai unjuran jumlah permintaan biojisim sebanyak 23…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: