Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Kampus Seremban semalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Negeri Sembilan Football Association (PBNS) dan Negeri Sembilan Football Club (NSFC).
Menurut kenyataan rasmi, antara intipati memorandum persefahaman yang dijalankan adalah persetujuan kedua-dua belah pihak untuk penyediaan dan penerimaan pelajar praktikal diploma dan ijazah dari UiTM, memberi perkhidmatan rundingan dan khidmat pakar, menerima staf dan pelajar bagi tujuan penyelidikan dan bersetuju bersama untuk mengadakan simposium, konferensi, kursus pendek dan mesyuarat berkaitan isu-isu berkaitan sukan, akademik dan penyelidikan.
UITM JALIN KERJASAMA UNTUK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN, 18 OKTOBER 2022 – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan & Negeri Sembilan FC hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: