Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Tumpuan Tony Fernandes kini pada Capital A

today31 October 2022

Background


PETALING JAYA – Tony Fernandes yang mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Berhad (AAX) berkuatkuasa hari ini  akan memberi tumpuan terhadap usaha menyampaikan nilai penting kepada pemegang saham Capital A termasuk Air Aviation Group.

Beliau juga akan turut memfokuskan dalam bidang logistik, pelancongan, fintech dan juga platform gaya hidup e-dagang.

Capital A adalah nama baharu bagi AirAsia Group Bhd yang bermula pada awal tahun ini sebagai usaha Kumpulan untuk memperluaskan lagi skop perniagaan terasnya kepada lebih daripada sekadar syarikat penerbangan.

Mengulas mengenai pengunduran beliau di dalam kumpulan tersebut, Tony menerangkan, beliau kembali ke dalam AAX bertujuan untuk ‘menghidupkan’ semula syarikat penerbangan itu selepas melalui proses hibernasi akibat Covid-19.

Tony Fernandes (tiga dari kanan) pada majllis pelancaran Capital A pada awal tahun ini.

“Saya gembira rancangan kami berjaya dengan rancangan teguh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post