Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Meskipun Layak Ke Suku Akhir, Tan Cheng Hoe Tak Puas Dengan Aksi Ditampilkan Selangor

today2 November 2022

Background
Selangor


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe jelas tidak berpuas hati dengan aksi ditampilkan anak buahnya ketika bertemu Kelantan United, malam tadi meskipun berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia 2022.

Skuad gergasi merah mencatatkan kemenangan 1-0 di laman sendiri hasil jaringan sendiri Nik Akif Syahiran Nik Mat pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan agregat 3-0.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan Selangor akan membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan. Pasukan yang tidak pernah mereka tewaskan pada aksi liga musim ini.

Kemenangan itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang amat menggembirakan Cheng Hoe kerana beliau mengenalpasti begitu banyak kelemahan dilakukan anak buahnya sepanjang perlawanan.

Selain gagal menterjemahkan deretan peluang yang dimiliki sepanjang perlawanan, aspek hantaran tepat kepada rakan sepasukan juga menjadi kerisauan buat pengendali…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post